Galeri Kami

Kami bekerja keras untuk sentiasa memberikan yang terbaik hanya kepada pelanggan kami. Kami akan mengemas kini lebih banyak lagi dan akan bekerjasama dengan NGO ke arah kesihatan gigi yang lebih baik untuk masyarakat.

29 Mac 2022

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Pada 29hb Mac, kami telah menganjurkan program CSR bersama Madrasah Tahfiz dan Pondok Adek dari Seksyen 9, Shah Alam. Penaja kami bermurah hati untuk menampung semua kos rawatan pelajar dari scaling gigi kepada rawatan baik pulih gigi. Kami sangat berbesar hati kerana dapat berbakti kepada komuniti kami yang tercinta terutamanya bagi mereka yang memerlukan. Kami berharap dapat menganjurkan program yang sama pada masa akan datang.