Seksyen 9, Shah Alam

Rawatan Gigi Kanak-Kanak di Kencana Dental

Klinik Gigi Terbaik Untuk Anak Anda

Gigi bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk kita pantau dari awal. Mana-mana masalah gigi dan kaviti mesti dirawat dengan segera untuk mengelakkan kerosakan gigi yang lebih teruk. Kami sedia membantu anda. Whatsapp kami hari ini.

Mengapa Mereka Sukakan Kami

Kenapa Memilih Kencana Untuk Anak Anda?

Mesra Budak

Kami berpengalaman merawat ramai kanak-kanak dan kami tahu 'trick' merawat mereka dengan lembut. Mereka semua pasti balik dengan gembira.

Parking Percuma

Kami sudah sewa tempat letak kereta di hadapan klinik khas untuk pesakit kami.

Tempat Mainan

Kami menyediakan tempat permainan yang luas dengan bahan bacaan yang pasti menggembirakan anak anda.

Hadiah Istimewa

Selepas rawatan, anak anda boleh memilih hadiah daripada peti istimewa.

 
Tips Untuk Membawa Anak Anda Pergi Ke Klinik Pergigian?
Masa yang paling sesuai untuk anak anda pergi 'dental check-up' adalah seawal ketika gigi tumbuh kerana:

Rawatan Pergigian Kanak-Kanak

Rawatan Fluoride

Terapi fluorida adalah penting untuk memastikan bahawa gigi mempunyai perlindungan yang betul terhadap bakteria. Disebabkan anak-anak terlalu kecil untuk menggunakan ubat gigi berfluorida dan bimbang mereka mungkin terminum, terapi fluorida adalah alternatif untuk ubat gigi fluorida. Ia tidak menyakitkan dan sangat penting. Ia sesuai untuk bayi kecil seawal 6 bulan.

Cucian Polish

Sesetengah bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai kalkulus (tartar) tetapi mereka mempunyai banyak plak. Dengan polishing, kita boleh membuang plak dan kotoran pada gigi di samping menyegarkan nafas. Ia lebih kurang sama seperti memberus gigi di rumah tetapi lebih bermanfaat.

Cabut Gigi Longgar

Gigi anak anda longgar? Datang kepada kami untuk mencabutnya. Kami mempunyai gel kebas strawberi khas untuk membuat rawatan tidak sakit bahkan sedap. Selepas rawatan, anak anda akan dapat rantai gigi percuma untuk menyimpan gigi di dalam.

Ortodontik

Tahukah anda bahawa susunan gigi anak anda boleh dicantikkan dengan bantuan doktor? Kalau anda nampak kesan-kesan maloklusi gigi (kesesakan gigi, jarak, underbite, overjet & etc) pada gigi anak, anda boleh membawa anak untuk mendapatkan nasihat. Lagi awal lagi bagus untuk mengelak daripada memerlukan rawatan braces apabila mereka menjadi remaja.

Tampal Gigi

Bagi kes di mana gigi sudah dijangkiti karies, filling perlu dilakukan untuk menghentikan perkembangan karies dan memulihkan gigi supaya tidak menjadi lebih teruk. Adalah penting untuk menjaga gigi susu anak supaya gigi dewasa yang menyusul tidak mengalami sebarang masalah. Keadaan gigi susu menentukan pembentukan gigi dewasa dan juga lokasinya.

Pulpotomy/ Pulpectomy

Dalam kes di mana kaviti gigi menjadi sangat dalam sehingga mencapai akar gigi, tampalan bukan lagi pilihan. Anak anda akan berasa sangat sakit dan rawatan yang boleh membantu melegakan kesakitan adalah pulpotomi. Ia sama seperti rawatan saluran akar gigi. Ia adalah untuk merawat akar dan tisu saraf yang dijangkiti supaya gigi tidak sakit, di samping memelihara gigi. Rawatan ini panjang dan susah, jadi sebaiknya pergi ke doktor sebelum menjadi teruk. Sekiranya anda kerap melakukan pemeriksaan biasa, masalah ini tidak akan berlaku.
Kami Di Tengah Bandar Shah Alam

Tidak susah untuk anda mencari lokasi klinik kami! Kami terletak berdekatan dengan Hotel Concorde dan bersebelahan dengan Restoran Lontong Klang. Klinik kami berada di Tingkat Bawah dan ia memudahkan golongan warga emas dan kelainan upaya untuk datang mendapatkan rawatan dan terdapat banyak tempat letak kereta berdekatan dengan klinik kami. 

FAQ Rawatan Pergigian Anak

Pemeriksaan gigi mesti dilakukan seawal gigi tumbuh.

Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari (terutama sebelum tidur pada waktu malam) dengan berus gigi bulu lembut dan ubat gigi.

Jangan gunakan ubat gigi berfluorida sehingga umur anak 3 tahun. Sebelum umur 3 tahun, bersihkan gigi anak anda dengan air dan berus gigi berbulu lembut. Selepas umur 3 tahun, ibu bapa harus mengawasi anak anda memberus gigi. Gunakan hanya sedikit ubat gigi iaitu sebesar kacang dan pastikan anak tidak menelan ubat gigi.

Basu mulut anak anda dengan air garam suam dan sapukan ais yang dibalut dengan kain pada muka anak anda jika ia bengkak. Jangan letakkan benda yang panas atau aspirin pada kawasan yang sakit. Jumpa kami secepat mungkin.

Mulut Sihat, Hidup Bahagia!

Biar kami Selesaikan Masalah Gigi anak anda