Mendapatkan crown & bridges di Klinik Pergigian Kencana biasanya memerlukan temujanji selepas konsultasi pertama anda. Semasa lawatan seterusnya, doktor gigi akan menyediakan gigi anda dengan membentuk semula dan mengambil sample untuk di hantar ke makmal pergigian.
Selepas itu, makmal pergigian mengambil masa sehingga 2-3 minggu untuk menghasilkan prostetik anda. Anda hanya perlu datang sekali lagi untuk temujanji yang singkat bagi memastikan crown & bridges anda sesuai dan melekat pada tempatnya. Doktor gigi anda akan melaraskan crown & bridges anda mengikut keperluan untuk memastikan ia sesuai dan selesa.